Add Smilies

Tablet Terbaru 2012 – ViewSonic ViewPad E70 Cuma RM507


ViewPad E70




ViewSonic biasanya mengeluarkan aksesori komputer sahaja, biasanya mereka cuma menjual aksesori-aksesori perkomputeran seperti speaker, CD/DVD, casing cpu, kipas pembuang haba, juga wireless mouse. Tapi entah cemana, Viewsonic tiba-tiba mengambil tindakan drastik dengan mengeluarkan tablet mereka sendiri pada pertama kali, tablet itu dinamakan Viewsonic ViewPad E70.
Saiznya cuma 7 inci setanding Samsung Galaxy Tab 7.7 atau Galaxy Tab 7 Plus, dipasang dengan Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich Alpha, dilengkapi sambungan berciri Bluetooth, Wifi, mini USB dan microHDMI. Cip pemprosesnya adalah jenis single core dengan kepantasan 1 gigahertz tapi jenama cip itu tidak didedahkan lagi buat setakat ini, skrinnya cuma memuatkan resolusi maksima 480×800 piksel dengan teknologi multi-touch, menyokong video call, mp3, baterinya pula boleh dicas hanya menggunakan usb dari laptop/desktop sahaja. Pendek kata, specsnya biasa-biasa saja.
Harga ViewSonic ViewPad E70 di Malaysia masih lagi tidak confirm pada ketika ini, namun di pasaran Amerika ia dijual dengan harga $169 saja, maknanya jika di Malaysia mungkin ia akan dijual pada harga RM507, wow! Cukup murah.
Tablet ini hanya akan dibawa masuk ke Malaysia pada penghujung Februari 2012 atau pada awal Mac 2012 tapi kalau Anda beli dari internet pada Januari 2012 mungkin stoknya sudah ada, cuma ambil masa untuk penghantaran melalui pos/kurier. Secara keseluruhan, tablet ViewPad E70 tidak memiliki apa-apa teknologi baru cuma diperkenalkan sebagai tablet biasa untuk pengguna berbajet rendah.
Dari segi kepantasan cip pemprosesnya, nampak sangat ViewPad E70 cuma sesuai untuk aktiviti perkomputeran rutin seperti melayari internet, mendengar lagu, menonton video, melihat slaid, membuat pembentangan, berkongsi melihat gambar atau simply berchatting melalui video. Jika dibanding dengan jenama tablert murah seperti Ainol Novo 7 Paladin atau CSL DroidPad, boleh dikatakan ViewPad E70 juga tidak banyak beza. Jangan pandang rendah walaupun ia murah, kerana ia tetap masih boleh berfungsi sebagai tablet cuma tidak ada kelebihan dari segi fungsi serta teknologi, rekabentuknya juga biasa saja.


aku penah sentuh tablet nie. LOL


p/s : bagi yang kurang berkemampuan tetapi teringin hendak memiliki tablet ini lah pilihan   sebaiknya.. :D



0 comments:

Post a Comment