Pemilik Megaupload mungkin boleh tuntut semula asetnya





WELLINGTON 19 Mac - Satu ``kesilapan prosedur’’ oleh polis New Zealand bermakna jutawan Internet, Kim Dotcom boleh menuntut semula asetnya yang dirampas selepas Amerika Syarikat (AS) menutup laman perkongsian Megaupload miliknya atas dakwaan cetak rompak Internet, lapor New Zealand Herald semalam.
Akhbar itu dipetik berkata, polis New Zealand meminta mahkamah untuk "perintah yang tidak betul" di mana ia tidak memberi jutawan Internet kelahiran Jerman berkenaan, peluang untuk membela diri terhadap serbuan pada Januari lalu di rumah agam beliau di utara Auckland, di mana kereta-kereta mewah dan wang tunai dirampas.
Hakim, Judith Potter pada Jumaat telah membuat keputusan bahawa perintah tahanan itu adalah ``tidak sah dan terbatal’’ dan ``tiada kesan undang-undang’’ kata akhbar itu yang menambah, hakim tidak lama lagi akan memutuskan, sama ada Dotcom akan mendapatkan balik aset miliknya itu. - DPA




0 comments:

Post a Comment