Add Smilies

Saman Google




Perancis – Seorang lelaki yang malu besar selepas gambarnya membuang air kencing di laman rumahnya disiarkan di ruangan Street View oleh Google, telah mengemukakan tuntutan saman atas tuduhan menceroboh privasi dan mengambil gambar tanpa kebenarannya.
Lelaki itu juga menggesa gambarnya ditarik balik daripada Google.
Peguamnya, Jean-Noel Bouillaud berkata, tindakan berkenaan diambil selepas anak guamnya mendapati gambar itu telah menjadikan dia sebagai bahan lawak orang ramai.
Walaupun gambar berkenaan agak kabur namun ia menunjukkan dengan jelas rakaman seseorang sedang membuang air kecil.
Kejadian berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Maine-et-Loire.
Tidak diketahui kenapa dia tidak membuang air kecil di rumahnya namun kebetulan ketika itu, sebuah kereta Google yang melalui kawasan berkenaan telah merakamkan gambar tersebut untuk ruangan Street View.
Bouillaud memaklumkan, nama anak guamnya itu dirahsiakan bagi mengelakkan dia terus mendapat lawak.
Google Street View dilancarkan pada 2007 dan bergerak di seluruh kawasan perkampungan di dunia.

sumber : mynewshub

p/s : nak tergelak baca berita nie.. hahaha

0 comments:

Post a Comment