Add Smilies

ANDROID VS APPLE VS BLACKBERRY



Yang Mana Lebih Hebat?



Sepengetahuan aku mengenai smart phone, acap kali user akan bertanya, “mana phone yang best pakai eh?”, “phone mana yang sesuai dengan saya eh?”, dan yang pasti “apa beza iphone, blackberry dengan android phone?”. Mula-mula tu susah jugak nak cakap sebab jujur kata, aku hanya pernah cuba pakai blackberry dan android phone sahaja. Pernah la ada niat nak cuba pakai iphone, tapi masih belum rezeki. Mungkin akan datang, siapa yang tahu kan?
Sebelum bercerita panjang, jom tengok apa yang pengguna smartphone seluruh dunia pakai. Nak bercerita kena la ada bukti dan fakta yang betul.


Chart atas ni adalah ANGGARAN jumlah jualan smartphone di seluruh dunia bagi tahun berakhir 2010 (Sumber dari Canalys). Bagi yang tak tahu, RIM tu mewakili Blackberry, dan Apple mewakili iPhone. Android phone pulak banyak vendor pengeluar. Ada Motorola, Samsung, LG, Sony Ericksson dan HTC (Nokia tak guna Android). Itu mungkin la salah satu faktor yang membolehkan Android OS menguasai pasaran smartphone untuk 2010.
Apa beza antara Android, Blackberry dan iPhone? Bawah ni aku senaraikan kelebihan dan kekurangan setiap OS.

Android
1. Sumber Terbuka (Open Source).
2. Banyak aplikasi dan widget tambahan (Download melalui Android Market)
3. Senang customize.
4. GPS Navigation (Papago)
5. Support Adobe Flash.
6. Murah.
7. Ada memory card.
8. Boleh install custom firmware atau OS (Leedroid, CM7 etc)
9. Touch screen dan qwerty keyboard.
iPhone
1. Sumber tertutup.
2. Setiap aplikasi (install) mesti melalui Apple Store, kecuali selepas Jailbroke
3. Support GPS Navigation (Papago)
4. Mahal.
5. Tidak support Adobe Flash.
6. Tidak ada memory card.
7. Touch screen.
Blackberry
1. Sumber tertutup.
2. Perlu subscribe Blackberry Internet Service (BIS) package kalau nak guna Blackberry phone sepenuhnya. (Kalau tidak subscribe BIS, Wifi dan sesetengah fungsi phone tak boleh guna-locked)
3. Murah sedikit berbanding iPhone.
4. Tidak ada GPS Navigation untuk pengguna Malaysia (bergantung sepenuhnya kepada Google Map)
5. Touch screen dan qwerty keyboard (Blackberry Torch)
6. Ada memory card

Mana yang sesuai bagi saya?  :((
Jawapan paling mudah, bergantung kepada “mampu atau tidak aku nak beli dan pakai phone ni?”. Ada smartphone berharga murah dan ada juga yang berharga mahal sehingga mencecah hampir RM2.7k dan ada juga smartphone yang berharga bawah dari RM1k. Yang penting tepuk dada, dan check baki akaun bank korang. Beli ikut kemampuan dan bukan ikut nafsu ye.

Tak macam iPhone dan Blackberry, Android phone ada banyak jenis dan model dari pengeluar berbeza, ada beza ker?  :cool:
Yup. Macam aku tulis sebelum ni, Android banyak vendor yang keluarkan phone berkuasa Android. Setiap model pasti berbeza dari segi bentuk dan spesifikasi hardware sesuatu model tu. Ada Android phone yang berkuasa single core, dan ada juga yang berkuasa dual core. Lebih behat spesifikasi smartphone tersebut, semakin mahal la harganya.
Ok, dah beli smartphone. Lepas tu?  :-|
Mampu beli tak semestinya mampu pakai. Kenapa? Nak pakai smartphone ni, paling kurang kena la subscribe pelan data. Bagi aku, tak guna kalau pakai smartphone, tapi penggunaannya tak smart. Sekadar nak SMS dan call, baik pakai handphone Nokia 3310. Tak perlu risau risiko kena curi sebab pencuri pun agaknya segan nak curi. No offence kepada reader yang masih pakai Nokia 3310. Ni sekadar contoh sahaja ya. Kalau pakai Blackberry pulak, kena la subscribe BIS package sebab kalau tak nanti phone Blackberry tu macam tak berguna pun sebab wifi dan BBM tak boleh pakai. Dah pakai smartphone, mesti la nak selalu check Email, Facebook, Twitter, dan sekali sekala Check In. Kalau sebelum ni nak check Facebook mesti kena on desktop atau laptop, dengan smartphone dah tak perlu semua tu (macam cakap dalam iklan pulak). Connect ke wifi atau pelan data, dan boleh check semua on the go. Masa berjalan pun boleh guna Facebook. Kalau sesat boleh on GPS, lepas tu check Google Map kat mana lokasi korang, so sebab tu la korang kena ada pelan data. Tak boleh la asyik nak mengharapkan wifi. Tak semua tempat ada wifi. Jom balik kepada perihal pelan data tadi. Setiap carrier (Celcom, Maxis, Digi, UMobile, etc) ada menyediakan pelan data. Yang paling popular tentu la Digi Smart Plan 68. Aku taknak bercerita tentang pelan data mana yang korang perlu pilih sebab nanti entri ni jadi panjang sangat.
Korang nak pakai smartphone ni untuk apa? Nak ber-sosial secara maya (Facebook, Twitter etc) semata atau nak guna aplikasi lain seperti Blackberry Messaging (BBM) dan GPS. Aku simpulkan secara ringkas.
Penggunaan: Social Networking + GPS Navigation + Game – Android atau iPhone
Penggunaan: Social Networking + BBM - Game – Blackberry
Penggunaan: Social Networking + Messaging (YM, etc) – Android, iPhone atau Blackberry
Sebelum pilih smartphone yang mana korang nak beli, tolong la buangkan stigma basi – lebih mahal, lebih bagus, lebih hebat. Oh Tidak! Tak semua smartphone yang mahal itu bagus dan hebat, dan tak semua smartphone yang murah itu buruk dan tak bagus. Sebagai contoh Blackberry Torch lebih mahal dari HTC Desire, tapi sayangnya ada kekurangan sebab tak ada GPS Navigation untuk pengguna Malaysia tapi ada kelebihan sebab ada BBM yang ak rasa semakin digilai oleh rakyat Malaysia. So, kaji betul-betul setiap smartphone yang korang nak beli. Banyak review yang korang boleh jumpa kat internet. Jangan hanya beli sebab nak ikut kawan atau mengejar trend semata. Ada BBM pin tak semestinya anda hebat, guna iPhone 4 tak semestinya anda kool dan guna android tak juga bermaksud anda tu “nerd”.
p/s : Zaman semakin maju, teknologi semakin berkembang. Lambat laun korang pasti akan guna smartphone, cuma persoalannya bila??

7 comments:

  1. Aisyah M.Yusuf said...:

    Waw Dunia IT, terima kasih atas kunjungannya , memang dunia IT perkembangannya sangat cepat,hari ini begini esok dah lain lagi , teknologi terus berkembang tanpa batas sampai dunia kiamat,

  1. AmY Da SoneT said...:

    ya. saya setuju.. Dunia IT ada baik ada buruknya... ada penipuan ada kebenarannya.. Gunakan ilmu buatlah keputusan.. :) Insyalah...

    Kalau nak dikejar IT nie mmng x dapat.. :D

  1. alep said...:

    huhu..kalo use android gps kena on internet kah?sebelum ni pakai papago 5 tp xberfungsi

  1. AmY Da SoneT said...:

    yup.. android gps mmng pakai internet.. saya juga gunakan papago untuk galaxy saya.. :D.. penah cuba reset android x?

  1. Syafiq Izzat said...:

    hidup ios(jailbroken)!!

  1. alep said...:

    xpernah cuba pon reset..napew?

  1. AmY Da SoneT said...:

    saja bertanya.. mana la tahu leh share ilmu sama2 hi2..

Post a Comment