Add Smilies

Alienware X51 Desktop | ~IT itu Duniaku~

0 comments

Alienware X51 Desktop

0 comments

Alienware muncul dengan produk terbaru mereka Dell Alienware X51 Desktop.
Nampak model ini lebih ganas dengan ciri ciri dalaman yang menarik. Jenama Alienware yang sememangnya dikenali sebagai jenama untuk gamers seluruh dunia sememangnya tidak mengecewakan. Tengok sahaja pada ciri ciri dalaman X51 ini pasti anda kagum. Dengan harga yang berpatutan (RM 2988).

Saya membuat beberapa kajian mengenai model ini.... Perkara pertama yang akan memeranjatkan anda adalah saiznya. Ketinggian Casingnya lebih kurang sebuah Xbox 360 - tinggi 32cm dan ketebalan kurang 10cm. Pastinya saiz yang ideal untuk anda.


Berikut Merupakan Ciri Ciri Dalaman Alienware X51


Kad grafik desktop 1GBGDDR5  NVIDIA ® GeForce ® GTX 5552 
Intel ® Core i7-2600 processor
8gb RAM
1TB HDD










Alienware X51



Menarik Luar Dan Dalam

Satu Browser 3 Enjin

0 comments




Tidak semestinya browser default yang dibungkus dalam sistem operasi komputer kita dapat memberikan pengalaman melayari internet yang menguja. Ada website pula yang tidak dipaparkan dengan baik dalam browser tertentu, akibatnya kita kena ada dua atau tiga jenis browser yang berbeza.
Apa kata kalau kita ada satu browser yang ada tiga enjin (IE - Trident ,Firefox - Gecko dan Chrome/Safari - Webkit)?. Jadi kalau perlu enjin yang lain tidak perlu tukar browser tetapi tukar enjin sahaja tanpa menggunakan add-in. Anda boleh download versi install biasa atau install secara portable (maksud portable boleh  dibawa dalam USB anda untuk digunakan dalam komputer lain walaupun komputer itu tiada program berkenaan). 



Lunascape


Muat turun di sini




http://www.lunascape.tv/












Ada banyak lagi ciri yang mungkin dapat menggembirakan anda. Selamat mencuba!

Features Dalam Windows 8

0 comments



Seperti kita semua sedia maklum Microsoft akan melancarkan OS terbaru mereka iaitu Windows 8 akan datang. Windows 8 telah hangat diperkatakan oleh peminat peminat IT di seluruh Dunia.


BARCELONA 1 Mac - Syarikat gergasi teknologi maklumat, Microsoft semalam melancarkan sistem operasi generasi baru Windows versi percubaan yang direka khas untuk komputer tablet dan komputer biasa.
Presiden syarikat itu, Steven Sinofsky berkata, Windows 8 merupakan perubahan generasi dalam sistem operasi Windows. Microsoft memperkenalkan sistem operasi itu bagi menyaingi pasaran sistem operasi komputer tablet yang kini didominasi produk Google, Android dan Apple. Bagi menyaingi pencabarnya, versi terbaru Windows itu akan berasaskan aplikasi.


FEATURES IN WINDOWS 8






p/s : Apa yang pastinya menarik perhatian aku adalah browser Internet Explorer 10 mereka.. hehe :D

5 GAJET MENGIKUT PERSONALITI ANDA

0 comments


5 GAJET MENGIKUT PERSONALITI ANDA







Yang Mana Citarasa Anda?








Setiap individu mempunyai cita rasa yang berbeza-beza dari segi pilihan gajet. Bukan semata harga yang menjadi ukuran, tetapi kegunaan dan fungsinya juga menjadi faktor utama yang sering dititik-beratkan dalam permilihan peranti kegemaran.

Perkembangan teknologi menyaksikan lambakan peranti-peranti canggih yang mampu membuatkan anda teruja. Tetapi adakah keperluan setiap individu sama?

Gajet-gajet pilihan mestilah bersesuaian dengan personaliti seseorang, barulah terasa berbaloi memilikinya. Selain spesifikasi hebat, ia mestilah mampu menampung penggunaan maksimum. Apa yang penting buat pilihan yang bijak mengikut kemampuan anda, dan di sini kami berikan 5 idea gajet yang sesuai dengan personaliti anda untuk dimiliki.




TONJOLKAN GAYA MASKULIN ANDA
1 Blackberry Torch 9860
2 HP Pavilion dv6-6168TXc
3 Blackberry Playbook OS 2.0
4 Samsung Multiview MV800
5 WD Essential Passport


UNTUK SI JELITA
1 iPhone 4
2 iPad 2
3 Kodak Easyshare Mini
4 Kingston Wi-Drive
5 MacBook Air


EKSEKUTIF MUDA TAMPIL BERGAYA
1 Nikon V1
2 Samsung UN55B8000
3 Blackberry Colt
4 ASUS UX31E ZENBOOK Ultrabook
5 Garmin Nuvi 3790LMT


credit : majalah pc

p/s : personaliti jugak.. tapi bujet tak kencang bagaimana? :P



Ipad 3 keluar minggu Depan

0 comments




Ipad 3 


Generasi seterusnya bagi tablet iPad keluaran Apple dilaporkan akan dilancarkan antara pertengahan bulan Mac dan April 2012, menurut satu laporan baru.
Menurut sumber di Apple, DigiTimes melaporkan yang iPad 3 akan dilancarkan dalam masa tiga hingga empat bulan lagi. Sumber itu mendakwa pengeluaran iPad 2 tetap tinggi, berkemungkinan dalam lingkungan 14 hingga 15 juta unit semasa suku keempat tahun ini, tetapi Apple akan mengurangkan tempahan iPad 2 kepada 4 hingga 5 juta unit dalam suku tahun pertama 2012.
Foxconn akan membina antara 9.5 dan 9.7 juta unit iPad generasi ketiga itu dalam suku tahun pertama menurut kepada laporan, dengan pengeluaran ditingkatkan pada bulan Februari.
iPad 3 dijangka lebih tebal sedikit daripada model generasi kedua, seolah-olah untuk memberi ruang untuk resolusi-tinggi Retina Display. Laporan awal dari seorang penganalisis mencadangkan yang iPad 3 akan dilancarkan pada bulan Februari, tetapi laporan baru pula menjajar lebih baik dengan laporan eksklusif BGR minggu lepas yang menyatakan Samsung akan mendedahkan tablet baru dengan resolusi paparan retina lebih baik di Mobile World Congress pada Februari ini.
Samsung dijangka akan menewaskan iPad Apple 3 ke pasaran dengan pelancaran tidak lama lagi selepas tablet baru diperkenalkan.  (sumber = foxnews)


p/s : Dashat tol, aku baru beli ipad 1 awal tahun nie.. zzzz.. x dapat la nak kejar gajet nie.

Beberapa Aplikasi Yang Dibuang Dari Windows 8 Oleh Microsoft

0 comments


Untuk mengoptimalkan task Windows 8, Microsoft dikhabarkan akan merubah dan bahkan membuang beberapa aplikasi yang tersedia di Windows versi sebelumnya.
Salah satu aplikasi yang akan dihilangkan adalah aplikasi Windows Live yang akan berubah menjadi aplikasi pre-install yang merupakan inti dari aplikasi Windows Communications di Windows 8.

Windows 8 Beta by Sam Jazli


Kebijakan ini diambil Microsoft untuk menyederhanakan dan menggabungkan pelbagai aplikasi menarik dalam Windows 8
Selain Windows Live, Microsoft juga akan merubah aplikasi media player muzik Zune dari  aplikasi Windows Store. Namun aplikasi Zune Pass masih tetap boleh digunakan. Tim Xbox dari Microsoft diberi kepercayaan untuk menggarap dan mengatur aplikasi video dan muzik yang segar dengan mengadopsi tampilan antaramuka Metro.
Beberapa layanan yang dirubah Microsoft dalam Windows 8 adalah berikut:
  • Windows Live Contacts berubah jadi People
  • Windows Live Photo Gallery berubah jadi Photos
  • Zune Music Player berubah jadi Music
  • Zune Video Player berubah jadi Video
  • Windows Live ID berubah jadi Microsoft Account
  • Windows Live Mail berubah jadi Mail
  • Windows Live Calendar berubah jadi Calendar


Antaramuka Windows 8 beta


Nampaknya prestasi Windows 8 akan menjadi lebih baik dari Windows 7.. Hmmmm.. 

WINDOWS 8 RELEASED DATE

Pastinya semua pengguna Window tertanya tanya bila Windows 8 akan dilancarkan.. Hmm sebenarnya aku pun x sure sangat pasal date yang tetap tetapi sumber dari www.techlab.com mengatakan...
We can expect Windows 8 to be launched sometime in mid-late 2012, however, it’s too early to predict the Windows 8 release date, since it is still under development. Nevertheless, the only question that haunts each and every one of us – Will 
Windows 8
 Microsoft win the battle against Apple which it had lost several years back?



Haha.. Pada pendapat aku boleh je tapi Team Microsoft kena usaha lebih sikit la.. Memang agak ketinggalan pun dari Apple.. Kui kui kui..




Untuk post yang akan datang insyaalah aku akan share mengenai ciri-ciri (features) yang terdapat dalam windows 8. Pastinya menarik dengan banyak perubahan baru yang dilakukan.. 
Asalamualaikum... :) ~mada mada ne~

IT SANA SINI

0 comments

Minggu yang sibuk.. Bersama kawan2 dan ehem2 + kerja... haishhhhh.. pa pun alhmdulillah aku still bernafas dan sihat walafiat.. :). Semakin hari watkan aku semakin smangat untuk berjaya. Bila dengar kisah orang lain, bagaimana kejayaan dyorang capai, idol2 aku cam bill gates dan mendiang steve job yang bermula dari bawah untuk berjaya.. Buatkan aku rasa semangat giler nak teruskan hidup nie.. Nak jadi seorang programmer yang berjaya.

Al kisah mnggu lalu hari Sabtu bersama AsyrulNizam pergi ke PC Fair Penag di Straits Quay Penang.. Mula2 aku x tawu tmpat tu kat mana. Hujan DErrrrr.  Dekat 30 minit jugak kami mencari tnya polis tnya kedai minyak.. Ingatkan Straits Quay tu nama jalan.. Last2..



Dah Macam Istana Meherongrong

Tu Dia Aku Gitaw Hampa X Caya


Ha... Amik kau!!! Stylo Giler Tempat Nie. Dh macam kat istana orang kaya. Straits Quay nie sebenarnya sebuah shopping mall yang baru dibina pada 1 2 tahun yang lepas. Sekarang baru siap n cantik sngat. Ianya juga berdekatan dengan Tesco Tanjung Bunga. Agak jauh jugak tapi serius x menyesal pegi. 


Peta Perjalanan


Oppss : Lupa tujuan asal nak g PC FAIR.. hahahha



Bila dh smpai sana tu sbnarnya agak frust jugak sebab space jualan kecik je. We both expected the bigger fair will be held. Xpe la alang jaoh2 dah sampai kan. Kilauan booth Razer Technologies wat aku rasa x tahan so aku ajak zam g lepak tngok Razer Gaming Keyboard n Mouse dulu.. haha. 


Sebenarnya aku dh minat lama dah brand nie.. :D



Satu model razer yang aku mmng minat giler
(TRON GAMING KEYBOAR)




p/s: Mana la tahu mybe akan angkat pasnie. :P


Err Kenapa Ada Pic Nie?? haha.. Kena tanya  sorang lagi la. :D
(NURSE AVIRA)

So tu lah dya slah satu program aku sabtu lepas.. Overall puas ati la. Banyak barang IT dh up to date. Juz kesal skit je harga hard disk mahal nak mampus. huhu. Thanks jika sudi baca entry kali nie. Hope to see u next time.. bubye.. :)