Add Smilies

Jumlah RAM yang disokong oleh Windows

0 comments



Selalu aku tertanya tanya. Berapa RAM boleh pakai ek untuk Windows 7 32-bit (x86)? Dan berapa RAM pulak untuk Windows 7 64-bit(x64)??. Kadang2 kerap jugak kawan2 ajukan soalan camnie. Berapa RAM limit untuk laptop aku.. Nah!! ini jawapannyer. Jumlah RAM yang boleh dipakai berpandukan kepada versi Windows 7 yang anda pakai dan juga elemen yang paling penting iaitu berapa bit yang anda guna.


Secara ringkas :

Windows 7 Starter hanya menyokong RAM 2GB sahaja, manakala Windows versi lain hanya menyokong setakat 4 GB RAM bagi versi Windows 32-bit atau x86. Untuk menggunakan RAM lebih daripada 4 GB, anda boleh menggunakan sistem operasi Windows 7 64-bit atau x64.

Saya sarankan pembaca menggunakan Windows 64-bit dan RAM sekurang-kurangnya 4 GB untuk kepuasan komputer yang lebih maksima. Jika mahu menambahkan RAM yang lebih dari 4gb untuk Windows 64-bit anda itu hanyalah optional..

Nota : Untuk maklumat lanjut mengenai Windows XP dan Vista pula.. Anda boleh layari laman web rasmi Microsoft.

Aku pakai Windows Home Basic x64 4gb ram je. :D