Add Smilies

Backup Data Inilah Caranya





Sudah masuk tahun 2012, dan saya sangat berharap bahawa anda semua sepatutnya sudah tahu asas format komputer dan backup data. Semua tutorial cara install Windows sudahpun kami paparkan di blog ini dan kandungan tutorial itu boleh di akses secara percuma tanpa had.
Bukan apa, kalau ada masalah Windows lepas ini boleh anda cuba baiki sendiri…dan tak perlu lagi hantar laptop ke kedai komputer. Tahukah anda, dengan menghantar laptop ke kedai komputer boleh mendedahkan anda kepada risiko berikut :
- Data-data peribadi seperti gambar, video, akaun email, facebook, twitter boleh diakses oleh pihak ketiga
- Kehilangan data penting seperti gambar, video, dokumen, movie, mp3, games akibat hard disk diformat tanpa kerelaan atau pengetahuan anda
-Windows original anda dibuang dan digantikan dengan Windows versi lama seperti XP atau Vista
Paling menyakitkan hati tentunya data peribadi diakses pihak ketiga ataupun data hilang akibat diformat. Dah ramai orang mengadu masalah ini kepada saya, jadi saya tak harap ia akan berulang kepada orang lain lagi selepas ini. Jangan mengharapkan orang lain untuk backup data anda, sebaliknya anda yang harus sentiasa backup data yang ada dalam hard disk itu.

Cara Backup Data dalam Hard Disk Laptop

Sekiranya komputer anda gagal untuk boot atau masuk Windows, anda boleh menggunakan cara berikut untuk backup data dalam hard disk laptop.


1. Cabut hard disk laptop anda
Menggunakan pemutar skru, buka bahagian belakang laptop anda dan keluarkan hard disk laptop anda. Untuk laptop Acer biasanya sangat mudah dan tidak sampai 5 minit sudah boleh cabut hard disk.

2. Gunakan kabel SATA to USB converter
Kabel ini boleh dibeli biasanya dengan harga RM20-30 dan pastikan ia untuk hard disk laptop bukannnya untuk hard disk PC. Kabel yang saya beli ini didatangkan bersama dengan casing tetapi untuk tutorial ini saya hanya sambungkan adapter dia sahaja.
Cable ini akan menukarkan hard disk laptop kepada USB dan komputer akan detect hard disk laptop ini seperti external hard disk.

3. Sambung Hard Disk kepada PC atau laptop lain
Lepas itu, sambung hard disk kepada PC atau laptop lain menggunakan usb port. Biasanya led indicator akan menunjukkan hard disk anda telah disambung kepada PC atau laptop.

4. Hard disk laptop anda akan muncul dalam My Computer



Hard disk anda akan muncul di My Computer dan anda boleh akses segala partition yang ada dalam partition hard disk laptop anda itu. Anda bebas copy/paste/delete/format data dalam hard disk tersebut. Nah, senang sahaja proses backup data hard disk laptop bukan?

Saya harap lepas ini anda boleh sentiasa backup data-data penting dalam laptop anda itu sebelum hilang. Movie, mp3 atau games boleh download semula, tapi gambar-gambar daripada kamera dan kenangan bersama rakan-rakan, keluarga kalau dah hilang tanpa backup memang menyesal habis.
Selamat mencuba :)


p/s : aku bara saja penat backup data sorang staf ofis yang x pandai backup... :(



credit: jomphp

0 comments:

Post a Comment