Add Smilies

Pendrive Kingston Ada Ori Ada Yang Fake a.k.a muhung

Pendrive Kingston 4gb





Salam semua kepada kawan-kawan dan follower.Ok la aku tak mau celoteh benda yang merapu merapek tapi nak bercerita tentang pendrive kingston fake or original.Erm selama korang beli pendrive yang murah-murah korang pasti ke korang membeli pendrive original atau tak.Huhu ni la persolan aku untuk korang sila lah jawab ye.Korang tahu tak kepentingan membeli original dan keburukan membeli yang tak original la atau fake.Aku mula mengetahui dan ada la sedikit pengalaman tentang pendrive kingston ni kerana aku menjual pendrive kingston ni.Mengikut la pengalaman aku secara keseluruhannya ramai yang telah ditipu dengan pendrive tak original.Kerana kebanyakan pembeli hanya nak beli yang murah je tapi langsung tak berkualiti dan selepas tu kena tipu.Adakah korang setuju dengan apa yang aku cakapkan.Sebab kebanyakan yang aku nampak bila letak harga yang mahal tentu orang akan tengok yang paling murah dan pastu membeli.Memang nampak macam original tapi sebenarnya TIDAK.

Korang tahu tak sebenarnya pendrive yang korang beli murah tu dari harga biasa di kedai adalah jauh berbeza.Memang jauh jarakkan dalam lingkungan Rm3-RM8 korang boleh dapat kurang.Untuk pengetahuan korang dekat Malaysia jela aku cerita.Ada yang fake,OEM dan original.Untuk yang original, speed die memang ikut spec dia la,kadang kalau yg fake speed die tak smpai macam yg ori,tapi ada yang sampai ikut speed original.

Selepas itu ramai yang kene tipu pasal capacity pendrive,especially pendrive yg besar contoh la 16gb,32gb dan kalau yg fake pendrive, bile kita cucuk je dekat komputer,die akan keluar dalam my computer tu memamg tulis 16gb atau 32gb, tapi bila transfer file,kadang tu 2gb pun tak smpai.Klau korang tengok packaging pun masih tak dapat pastikan original ataupun tidak.kalau packaging yang tak original,ada certain ejaan pun ada yang salah,font yg die gune tak la sama.Kalau korang nak register untuk warranty memang tak akan dapat.So sebenarnya bila beli yg fake kita akan beli yg kapasiti kecik daripada yg kita sangka untuk harga yang sangat mahal untuk kapasiti yang original.

Tentang OEM ni pulak dia yang aku tau OEM ni dapat license dari kingston untuk jual la pendrive kingston ni tapi tak tau la betul ke tak.Tapi yang jadi masalah sekarang memang pendrive kingston sepatutnya tak perlu la ada yang fake dan OEM ni. ish3 kingston ni apa la ek.mengelirukan orang saja. Aku tau ada satu link untuk verify pendrive aku saja la daftarkan 1 je pendrive ni rupenya pendrive tu memang tak leh daftar.Contoh la bila dah isi je semua maklumat korang akan dapat satu email mengatakan suruh lagi sekali la daftar atau verify.Tapi aku tengok balik aku key in no serial pendrive tu betul.Dan aku mengetahui la sebenarnya tipu.Patut la akak tu kata yang dia nak habiskan stok pendrive tu.Penipu betul akak tu.Ok la cara nak verify pendrive kingston korang dekat sini ok.




P/S:cari la duit yang halal.Jangan cube menipu.ALLAH tahu apa yang kita buat.
Kepada pembeli yang membeli pendrive tu aku mintak maaf ok.Aku pun
ditipu dan tertipu sebenarnya.

Info updated nak tahu cara tengok pendrive ori ke tak





Ni Yang Ori

kalu ori papan litar dia penuh 1 body
tulisan kingston kalu ori dia ade rase timbul
kalu yg fake dia cop gitu jer rata x rase 



Cap Angsa



nie plak yg local cap angsa punya

cuba lihat pada papan litar dia x penuh
one more kalu yg ori kat kepala usb dia ade cop
contoh dt101 4gb










2 comments:

  1. Anonymous said...:

    bro, ada benda sikit yang tak kena dengan delivery. content dah bagus, tapi cara penyampaian tu, ada sedikit sebanyak yang boleh buatkan orang keliru & salah faham. perbaiki tatabahasa & pastikan ayat yang dikarang tak menimbulkan tanda soal ~?~ dan tanda tanya, khususnya yang tak ada kemahiran IT atau buta IT. sekian terima kasih

  1. Syazmie Kassim said...:

    terima kasih atas nasihat yang diberi.. :) saya baru sahaja menceburi bidang blogging nie.. Insyalah saya akan perbaiki segala kelemahan yang ada. harap mendapat tunjuk ajar dari rakan2 kelak. Ini semua ada lah sekadar informasi berguna memandangkan zaman IT yang kian pesat membangun sekarang.. Terima Kasih.. :)

Post a Comment