Add Smilies

Menetapkan Kata Laluan Bergambar Dalam Windows 8



Nampak keghairahan aku terhadap Windows 8 belum habis lagi.. Hari nie ada tips sedikit untuk anda.. 


Microsoft Windows 8 telah memperkenalkan banyak konsep dan ciri-ciri baru. Sebagai contoh, ia telah memperkenalkan dua cara baru untuk log masuk ke dalam Windows menggunakan kata laluan bergambar atau menggunakan nombor PIN. 

Kata laluan bergambar membolehkan anda menggunakan gambar dari pustaka simpanan sebagai kata laluan. Anda perlu untuk melaksanakan tiga gerak isyarat pada gambar yang anda ingin gunakan sebagai kata laluan. Sebagai contoh, anda boleh memilih, melukis dan mengubah saiz pada bahagian gambar yang anda mahu. 

Cara untuk mengetapkan kata laluan bergambar dalam Windows 8 adalah seperti berikut: 

1) Klik Start -> Control Panel 

2) Klik pada menu Users, anda akan mendapati opsyen Picture Password di bahagian kanan skrin (Lihat Gambarajah 


Menu Users
3) Klik butang Create a picture password, anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan semasa. 








4) Langkah seterusnya ialah dengan memilih gambar bagi kata laluan baru anda. 

5) Sila pilih gambar yang diinginkan dengan melayari folder (browse) di dalam komputer anda. 

6) Klik seterusnya untuk mengesahkan pilihan. 

7) Langkah seterusnya; anda diminta untuk memberikan 3 kedudukan untuk gerak isyarat. Anda diminta untuk melukis gerak isyarat ini menggunakan bentuk baris, garisan lurus, dan bulatan pada 3 bahagian berlainan di atas skrin. Pastikan anda mengingati posisi dan lokasi di mana lukisan dibuat kerana ia adalah sebahagian daripada kata laluan bergambar anda. 








Selesai! Anda telah berjaya menetapkan Kata Laluan Bergambar dan anda akan diminta untuk melukis corak kata laluan anda pada log masuk yang seterusnya. Bagaimanapun ciri Kata Laluan Bergambar ini sangat sesuai jika digunakan pada peranti skrin sesentuh (touchscreen) berbanding pada komputer desktop biasa. 




Selamat Mencuba Wahai Pelanggan Baru Windows 8 Dari Microsoft. :)

0 comments:

Post a Comment