Add Smilies

Pengguna Windows 64-bit (x64)



Saya adalah pengguna sistem operasi Windows 64-bit (x64) sejak tiga tahun lepas lagi, dan boleh dikatakan saya amat puas hati menggunakan 64-bit Windows berbanding 32-bit Windows.
Sekiranya anda menggunakan Ram 4 GB atau lebih, saya cadangkan anda untuk menggunakan 64-bit Windows bagi menggunakan sepenuhnya keupayaan hardware komputer anda di mana terdapat limitasi penggunaan Ram sekiranya anda menggunakan Windows 7 32-bit.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan perisian yang direka khas untuk platform Windows 7 x64 dan ianya dioptimasi supaya lebih laju, stabil dan selamat.

Beberapa Mitos Windows 64-bit





- Ini adalah tidak benar sama sekali, kerana sepanjang saya menggunakan Windows x64 sejak lebih 3 tahun memang tiada masalah untuk bermain game PC.
- Tidak kira Fifa, PES, Street Fighter IV, Battlefield 3 mahupun Angry Birds…tiada masalah bermain permainan PC dalam Windows 64-bit

2. Windows 64-bit tidak boleh install perisian bukan 64-bit



- Tidak benar, kerana anda boleh install perisian bukan 64-bit dan ianya akan dimasukkan ke dalam folder Program Files (x86). Ini bermakna anda akan mempunyai dua folder Program Files dan juga Program Files (x86) sekiranya menggunakan Windows 64-bit.

3. Windows 64-bit adalah berat dan tiada drivers hardware

Sekiranya anda menggunakan Ram yang banyak (lebih 4 GB ram) adalah digalakkan mengunakan Windows 64-bit kerana ianya menjadikan computer anda lebih laju dan stabil.
Untuk drivers, anda boleh download drivers yang khusus untuk 64-bit sahaja daripada laman asal pembuat hardware anda. Driver 32-bit tidak boleh diinstall di dalam komputer menggunakan 64-bit.

Bermula Mac OS X Lion (10.7) Apple telah menjadikan OS X sebagai 64-bit secara default dan ianya bertujuan menggalakkan pengguna supaya lebih maju dan tidak lagi menggunakan perisian 32-bit.
Pengguna Windows juga harus beralih kepada sistem operasi 64-bit dan jika perlukan Ram lebih sila beli sekarang sebab Ram sangat murah. 4 GB DDR3 boleh dapat dengan harda RM60-70 saja.


0 comments:

Post a Comment