Add Smilies

Warcraft III Frozen Throne DOTA - FATAL ERROR!


DOTA



Selepas Diablo I & II, Need For Speed, Counter-Strike, Red Alert 2 nampak gayanya Defense Of The Ancients (DOTA) ni lah antara game yang boleh buat aku betul-betul addicted. Walaupun game ni dah wujud dari tahun 2004 lagi, tapi aku baru jer kenal dalam hujung tahun lepas ni je. Kategori NOOB lagi lah kalau nak banding dengan orang lain tu. Sanggup aku gadaikan masa untuk study for FINAL EXAM untuk game nie tapi nasib baik tak kantoi. HAHA.  Tapi bukan tu yang aku nak cerita..
For those yang main game ni, andai kata korang tengah-tengah main belum sempat level 6 tiba-tiba application automatic close dan keluar dialog box FATAL ERROR! mungkin aku boleh kongsikan solutionnya mengikut pengalaman aku sendiri. Ntah macamana kat PC rumah aku ni terkena macam tu pulak. Tak tahulah kalau-kalau ada conflic dengan Windows 7 atau sebab lain. Tapi ada beberapa troubleshoot yang korang boleh lakukan sendiri.
Solution ni pun hasil pencarian di google jugak. Ternyata ramai orang yang menghadapi masalah yang sama dengan game DOTA ni. Masalah FATAL ERROR! antara problem utama. Ada jugak solution yang 'tak boleh pakai' seperti "Beli game yang original", atau "Contact blizzard untuk problem yang korang hadapi" dan lain-lain jawapan bodoh yang aku jumpa. Well... apa-kena mengeda DOTA dengan Blizzard? Huh~


war3.exe error. This application has encountered a critical error: FATAL ERROR! Exception:0xC0000005 (ACCESS_VIOLATION) at 001B:0273C230. The instruction at '0x0273C230' referenced memory at '0x0000003C'. The memory could not be 'read'. Press OK to terminate the application.



Ada beberapa punca yang boleh membuatkan FATAL ERROR! dalam aplikasi game Frozen Throne DOTA. Dan korang boleh cuba satu persatu.
  • Conflict version Display Driver. So, make sure korang update display driver kepada versi yang terkini. Terutama kalau korang gunakan graphic card jenis ATI.
  • Conflict dengan sound driver. Masalah ni agak RARE, tapi no harm trying. Just update sound driver korang.
  • RAM problem. Macamana nak test samada RAM korang dalam keadaan ok atau tak? Cara yang mudah dengan menggunakan 'Memtest86+ V4.10 (04/05/2010)'. Download file ISO tersebut dan burn dalam CD. Kemudian reboot melalui CD dan ia akan automatic run aplikasi untuk memeriksa keadaan RAM korang sector demi sector.
  • Versi Patch Dota. Make sure Game Warcraft III Frozen Throne korang menggunakan patches versi terkini1.24e
  • Versi Map AI ada Bugs. Kebanyakan orang masih menggunakan Map AI versi 6.66b untuk main dengan bot AI. Make sure Map tersebut versi DotA Allstars v6.66b AI 0.2141.w3x (yang sebelumnya adalah versi DotA Allstars v6.66b AI 0.214.w3x). Walaupun nampak sama versi 6.66b tetapi yang stable version bugfree adalah versi 0.2141.


Selamat mencuba. Dah terror leh kita lawan.



 Ahaks! Anyway... whose your favourite DOTA character? :p

0 comments:

Post a Comment